Wednesday, June 20, 2007

Keserabutan menguasai ku..



wahai jiwa yang bergelora......

Tenangkanlah dirimu,

Keserabutan itu hanya seketika,

ketenangana akan muncul jua....

Namun, hati mana yang bisa tenang bila ada insan yang mencemburui ketenangan ini..

Bila ada insan yang merampas segala ketenteraman jiwa ini, bila ada insan yang menghalang segala-galanya.....

Kejernihan air yang mengalir dari muara ke lautan,

masih tidak mampu untuk menenangkan ku,

Kejahatan kadang-kala menguasai jiwa ini,

rasanya seakan ingin ku hapuskan manusia durjana itu,

yang dulu ku kagumi,

namun kini cukup ku membenci melihat sikapnya yang jauh berubah...

Apa punca?

entah la,

adakah jawatan dan kuasa serta kekayaan telah merubah bentuk perhubungan ini?

adakah keakraban yang terbina suatu masa dulu telah putus?

bila ku fikirkan, maka benarlah kata-kata orang yang terdahulu,

berhati-hatilah bila menjalinkan suatu perhubungan,...

Adakah konflik ini akan berterusan?

dari generasi ke genarasi?

adakah silap kami dan generasi terdahulu?

di mana keadilan?

adakah segalanya masih punyai waktu untuk berubah?

Wahai saudara seangkatan ku,

marilah kita bersama mencari suatu penyelesaian,

mahupun kata putus yang boleh merubah segalanya..

biarlah kesengsaraan ini kita sahaja yang merasainya...

Semoga segalanya berakhir dengan baik.....

Kurindukan KETENANGAN yang hakiki..

Friday, May 18, 2007

apa yang aku ingin????

ku mencari..
terus mencari..
sehingga aku penat mencari..
namun pencarianku belum bermula...
kerana....

Aku belum tahu apa yang aku ingin cari..
mencari KETENANGAN?
bagaimana ingin ku cari?
arahnya tidak ke ketahui..

Mencari sedikit RASA?
rasa apa yang ingin ku cari?
aku keliru..
jelas aku amat keliru..
tiada yang mampu ku cari buat masa ini..

Wahai teman, sahabat, kekasih..
bantulah aku mencari..
mencari sedikit..
sekelumit..
sebutir..
sebuah..
tidak kira apa pun..
ku mencari diriku yang sebenar...

Wahai diriku..
kemana kau menghilang?
kau bukan yang dulu..
kau jauh berbeza...
aku tidak mengenali diriku..
aku masih mencari....

Sampai bila?
aku akan terus mencari....